Friday 2 December 2011

KEPENTINGAN MAKANAN KEPADA MANUSIA

Topik
Manusia
Ringkasan

Melalui topik ini, murid akan memahami kepentingan kepelbagaian makanan kepada manusia.

Standard
Kandungan

Sains Hayat
1.1  Memahami manusia mempunyai
keperluan asas untuk hidup.

Standard
Pembelajaran

1.1.4 
Menaakul kepentingan pelbagai jenis makanan kepada manusia.
1.1.5 
Mencadangkan satu hidangan makanan dan menerangkan mengapa makanan tersebut dipilih.
1.1.6 
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Objektif
Pembelajaran

       I.        Menamakan sekurang
          kurangnya 3 jenis makanan yang
          membantu tumbesaran.
     II.        Menamakan sekurang-kurangya
          3 jenis makanan yang menjamin
          kesihatan.
    III.        Menamakan sekurang
          kurangnya 3 jenis makanan yang
          memberi tenaga.
   IV.        Menyatakan kepentingan
          pelbagai jenis makanan.


Tempoh

60 minit
Bahan bantu mengajar

1.    Paparan ‘MS Word’ yang mengandungi gambar-gambar makanan.
2.    Paparan ‘MS Word’ menunjukkan peringkat tumbesaran, aktiviti kecergasan dan kesihatan.
3.    Lembaran Kerja 1.
4.    Lembaran Kerja 2.

Aktiviti

Aktiviti 1

1.    Guru membawa murid ke kantin sekolah.
2.    Guru menunjukkan pelbagai jenis makanan yang telah dihidangkan di kantin sekolah.
3.    Murid memilih/menyatakan jenis makanan yang berkhasiat secara lisan.
4.    Guru menjelaskan kepelbagaian jenis makanan memberikan zat-zat penting kepada tubuh badan.
a.    Apakah yang berlaku sekiranya kita tidak makan?
b.    Apakah yang akan berlaku sekiranya kita mengambil makanan yang tidak berzat?
c.    Apakah kepentingan zat-zat makanan kepada tubuh badan?
5.    Murid menjawab Lembaran Kerja 1.

Aktiviti 2

1.    Guru menunjukkan paparan menggunakan “MS Word’ yang mengandungi gambar-gambar makanan.
2.    Guru menerangkan jenis-jenis makanan dan zat-zat makanan yang terdapat dalam paparan yang ditunjukkan.
3.    Guru menunjukkan paparan peringkat tumbesaran, aktiviti kecergasan dan tentang kesihatan dengan menggunakan ‘MS Word’.
4.    Guru membimbing murid menyatakan kepentingan makanan bagi setiap paparan yang ditunjukkan.
5.    Murid diminta menyenaraikan satu hidangan makanan mengikut kepentingan berdasarkan paparan yang telah ditunjukkan tadi secara lisan.
6.    Guru membuat perbincangan dengan murid berkaitan hidangan makanan yang telah dipilih tadi.
a.    Adakah makanan yang dipilih tadi mengandungi zat-zat yang diperlukan tubuh?
b.    Adakah makanan yang dipilih dapat memberi tenaga, membantu tumbesaran dan membantu menjaga kesihatan?
6.    Murid menjawab Lembaran Kerja 2.


EMK

TMK

Pentaksiran

Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2.
Aktiviti
Pemulihan
Lembaran Kerja 1 dan 2
Aktiviti
Pengayaan
Lembaran Kerja 1 dan 2
Standard
Prestasi
1.1.4 – B5 D1 E1, 1.1.5 – B6 D1 E1

No comments:

Post a Comment

CARA MENJAWAB SOALAN HIPOTESIS

SOALAN BAHAGIAN B

ALAM SEMESTA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

CONTOH KAJIAN TINDAKAN

RANTAI MAKANAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...